Jumaat, 15 Mei 2015
PENGENALAN KEPADA SENSOR
PENGESAN (SENSOR)
Sensor berfungsi untuk mengesan kehadiran sesuatu objek atau status sesuatu proses
bagi membolehkan sistem kawalan tersebut bertindak mengawal (monitoring) sistem
tersebut samada yang separa atau sepenuhnya automatik. Sensor biasanya disambung
pada bahagian masukan sesuatu system kawalan.
2.1. Sensor Jenis Sentuhan
i) Suis Butang Tekan
ii) Suis Penghad (Limit Switch)
i. SUIS BUTANG TEKAN
Suis butang tekan adalah komponen yang digunakan untuk
mempamirkan isyarat elektrik. Suis butang tekan terbahagi tiga iaitu:-
ii. Suis Butang Tekan Sesentuh Sentiasa Terbuka (NO)
Dengan menekan kepala butangtekan, sesentuh (NO) akan aktif dan
litat menjadi tertutup. Selepas kepala butangtekan dilepaskan, spring tarikbalik
(return spring) akan kembalikan set sesentuh kepada posisi asal.
iii. Suis Butangtekan Sesentuh Sentiasa Tertutup (NC)
Dengan menekan kepala butangtekan, sesentuh (NC) akan aktif dan
litar menjadi terbuka. Selepas kepala butangtekan dilepaskan, spring tarikbalik
(return spring) akan dikembalikan set sesentuh kepada posisi asal.
iv. Suis Butang Tekan Sesentuh Tukaran
Dengan menekan kepala butangtekan, sesentuh tukaran menjadi aktif
dan litar bertukar terbuka menjadi tertutup, tertutup menjadi terbuka. Selepas
kepala butangtekan dilepaskan, spring tarikbalik (return spring) akan
kembalikan set sesentuh kepasa posisi asal.
v. SUIS PENGHAD ELEKTRIKAL (LIMIT SWITCH)
Suis penghad elektrikal adalah komponen yang digunakan untuk
mempamirkan isyarat elektrikal bergantung pada turutan (squence) operasi.
Dengan menekan poppet, set sesentuh NO dan sesentuh NC akan
aktif. Litar akan tertutup dan terbuka mengikut sesentuh mana yang
disambung pada litar. Selepas poppet dilepaskan, spring tarikbalik akan
kembalikan set sesentuh kepada posisi asal.
Mengesansesuatuobjek yang bersentuh.
Digunakanuntukmengesankedudukanawal /akhirsesuatupergerakancontohsilinderbagimenjalankanoperasiseterusnya.
Kos murahdanvoltan input pelbagaidansenangdigunakan.
Keburukannyaialahmudahrosak.
2.2. JENIS SENSOR TANPA SENTUHAN (PROXIMITY SWITCH)]
i) Magnetic Sensors
ii) Inductive Sensors
iii) Capasitive Sensors
iv) Optical Sensors
i. Magnetic Sensors (Reed Proximity Switch)
Keupayaan mengesan kehadiran medan magnet
Jarak pengesanan ~ 5mm
Juga dipanggil Reed Switch
Mengesanobjektakbersentuh.
Mempunyai sesentuh yang terletak dalam bekas damar.
Mengesan magnet didalam cylinder dan selalu diletakkan diatas cylinder.
Bila medan magnet diberikan, (contoh: magnet kekal pada piston silinder) sesentuh akan tertutup menyebabkan pengaliran elektrik.
Kebaikannya ialah beroperasi dengan frekuensi yang tinggi.
Sesuai digunakan di tempat yang sempit, berhabuk dan berdebu
ii. Inductive Sensors (NO)
Keupayaan mengesan kehadiran objek logam sahaja
Jarak pengesanan ~ 5mm
Sensor ini mengesan objek yang tak bersentuh.
Sensor ini mengesan dengan 3 peringkat iaitu :
Oscillator ( menghasilkan medan magnet )
Triggering ( mengenal pasti
Amplifier ( signal )
Oscillator yang mempunyai gelung menghasilkan medan magnet yangberfrekuansi tinggi.
Gabungan 2 litar electronic oscillator dan amplifier.
Oscillator yang menghasilkan medan elektronik pada permukaan aktif.
Sensor ini mengesan objek yang diperbuat daripada keluli / logam sahaja.
Ianya tahan lama, tidak mempunyai kesan gegaran dan kotoran.
iii. Capasitive Sensors (N0)
Keupayaan mengesan kehadiran sebarang objek termasuk objek logam
Jarak pengesanan ~ 15mm
Mempunyai persamaan dengan induktive sensor iaitu mempunyaioscillator( menghasilkan medan magnet ).
Sensor ini lebih kompleks dan berbagai-bagai.
Kelembapan yang terdapat pada permukaan yang aktif (oscillator)menyebabkan sensor ini kurang berfungsi.
Sensor ini mengesan logam dan bukan logam.
iv. Optical Sensors (NO)
Keupayaan mengesan sebarang objek yang menghalang laluan infra-red
Jarak pengesanan sehingga 1m
Bertindak balas tanpa bersentuh dengan semua bahan.
Mengesan kaca, kayu, plastik, seramik, kertas, cecair dan logam.
Ia beroperasi berdasarkan perubahan dalam pembalikkan cahaya yangdipancarkan.
Terbahagi kepada beberapa jenis:-
Light Barrier(through-beam)
Reflex Light Barriers(retro-reflective)
Reflex Light Sensor(diffuse)
Langgan:
Catatan (Atom)